Wanita memang menangis. Itu yang dapat saya lihat pada hari ini. Lebih sepuluh orang wanita yang menangis. Antara sebab yang menyebabkan mereka menangis ialah kerana kecewa, sakit hati, gembira, senng melihat kejayaan orang yang disayangi dan kerana ditinggal pergi. Dalam konteks lain, ditinggal pergi ni terbahagi pada dua ; iaitu ditinggal sama ada hidup atau mati.
Kalau kalian semua nak tahu, kaum hawa begitu mudah menangisi sesuatu berdasarkan apa yang dirasainya sendiri kerana Allah telah pun menciptakan mereka air mata selaku teman di sisi. Jadi, tak pelik lah kalau seorang wanita itu menangis tanpa sebab atau dengan sebab yang munasabah. Biarpun kadang-kadang mereka tega untuk tidak menangis lagi, namun mereka tetap akan menangis juga. Kerana bagi mereka air mata itu nikmat tika hidup.
Bagi wanita yang tidak pernah menangis, memang maaf saya katakan. Anda memang akan ketinggalan nikmat tersebut. Menangis boleh menjadikan seseorang itu kuat. Ia juga boleh menjadikan seseorang itu berdaya untuk melawan apa yang dirasakan tidak elok bagi dirinya. Namun, bagi wanita yang merasakan menangis itu mendatangkan kerugian, melemahkan atau segala yang negatif, tanggapan anda memang benar benar tersasar jauh.
Cuba kalian fikir, seorang ibu menangis kerana apa? Bukan kerana dia lemah. Tapi kerana sedih mahupun gembira dengan anaknya.
Saya suka melihat wanita di kampus saya menangis. Bagi saya, dia seorang yang menarik. Dan jujur saya katakan, saat dia menangis saya tertarik kepadanya. Saya tidak tahu mengapa. Tapi, bukankah itu lumrah manusia? Tertarik pada apa yang diciptakanNya. Tapi, aneh ! Saya tidak suka meihat ibu saya menangis. Kerana saya takut kalau dia menangis kerana saya telah menyakitinya.
Berbalik kepada wanita tadi, paras rupa yang ayu membuatkan saya tertarik untuk melihat dia menangis lagi. Berdosa bukan? Tapi, saya tidak mahu berfikir dua kali untuk menyimpan hasrat hati saya untuk melihat dia menangis. Ya ! Memang ayu sewaktu dia menangis. Saya selalu menantinya di perpustakaan kampus kami. Kadang kala dia tidak menangis tapi wajahnya merah. Adakala dia menangis sambil memandang buku Al-Makthurat. Sedang dia menangis saya pula yang tersenyum.
Nakal sungguh mata ini kerana tidak tahan melihat keayuan sang hawa. Apakah fitrah ini membuatkan zina secara tidak langsung berlaku?? Saya buntu tika memikirkannya. Namun, saat berbicara dengan pensyarah saya, dia benar benar mengiyakan bahawa sesungguhnya itu memang zina. Lantaran itu, saya mengucap panjang. Zina mata !
Tak mengapalah tidak dapat melihat dia menangis lagi. Tapi, saya nak dia tahu bahawa air mata itu memang sahabat sejati kaum hawa. Oleh itu, sebuah nota ringkas saya lekatkan di mejanya pada suatu hari di dewan kuliah. Tahu apa terjadi??
Dia menangis lagi saat membaca nota itu ! Manakala saya tersenyum. Dikucupnya nota itu lalu di lekatkan pula pada beg kuliahnya.. Saya sekadar tersenyum bahagia.
Kerana wanita itu menangis lagi.
Why is it so difficult for me to cry????? Why??????
ReplyDeleteurm..no comment..you should 'muhasabah' yourself maybe..btw, selamat mncuba=)
ReplyDelete