Dan sesungguhnya kasih seorang ibu dan sayang seorang bapa tidak boleh di ganti dengan wang ringgit mahupun dengan kemewahan dunia yang melimpah. Tetapi hanya terbalas saat di beri perhatian, memenuhi segala keinginannya dan membahagiakannya dengan menerima segala nasihat dan mnengamalkannya. sekiranya seorang anak itu kasih akan ibunya, mengapa perlu dia meminta sesuatu yang di luar kemampuan orang tuanya.?
Aneh aku melihat situasi begini kerap kali berlaku.. Tolonglah ingat dan sedar. keinginan itu sekadar bukan kepentingan tetapi kepentingan itu turut perlu diutamakan. betul tak? Kalau kauorang rasa kauorang dah cukup berbakti pada ibu bapa kauorang, memang kauorang salah sangat-sangat ! kerana sampai hembusan nafas yang terakhir pun kita tidak akan mampu membalas jasa kedua orang tua kita. Kita hanya akan merasa apa yang mereka alami dan memahaminya pabila kelak dewasa nanti, tapi tidak akan pernah mampu membalasnya. betul tak??
Malahan, hadith Qudsi pernah meriwayatkan, 'sesungguhnya tidak terbalas jasa ibumu sekiranya engkau menjaganya melalui harta apapun namun terjagas juga kiranya mendapat keredhaanya setelah itu baru Allah mengurniakan redha-Nya kepada kamu'
Tak payah bersuluh memang dah sedia terang yang kita hanya mampu mendapat keredhaan ibu bapa tapi tak akan pernah mampu untuk membalasnya...
Saya cuma brkongsi pendapat dan menyebarkan apa yang dituntut Islam. Saya tidak mengingatinya hanya khas untuk kalian tapi terlibat untuk diri saya sendiri.sama-samalah kita berharap pada yang terbaik ye kerana disitulah adanya keredhaan Allah...
No comments:
Post a Comment