Powered By Blogger

Friday, December 10, 2010

HIDUP INI SEBENARNYA INDAH...

Hidup ini sebenarnya indah..
Tapi bezanya ia tidak seindah yang kita inginkan...
Walaupun kadanh-kadang kita pernah terfikir untuk merancang sesuatu itu dengan lebih baik namun, ada yang lagi berkuasa untuk menentukan segala rancangan yang kita aturkan..
Pernah tak kalian eanyelitkan nawaitu di hati kalian untuk menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara selain menjadi hamba Allah yang soleh atau solehah..

Saya pernah mengidamkan itu di benak saya. mencapai segala kemanisan iman yang telah disediakan olehNya..
Tapi, saya hanya manusia yang sekadar mampu berharap..
Walaupun saya sentiasa berusaha, tapi kadang kala saya melakukan juga perkara yang tidak digalakkan Islam seperti memakai tudung tetapi mengenakan baju lenganltiga suku..
Ini menunjukan saya bukanlah manusia yang sempurna kerana macam mana kita mencuba sekalipun ia tetap tidak akan berjaya..

Manusia...
Dilahirkan daripada tanah yang hina kerana sering dipijak pijak dengan kaki..
Dicambah menjadi zygote daripada bahan yang kotor iaitu sperma(air mani) dan ovum..
Kemudian disenyawakan di dalam rahim wanita yang terletak berdekatan dengan tempat pemprosesan najis da urin...
Apa lagi yang kaliuan fikirkan ?
Bukti macam ni tak cukup kukuh ke untuk menyedarkan diri kita bahawa rendahnya martabat kita dan memang layak kita menjadi hambanya !

Hamba yang patuh akan segala perintah dan jauhi laranganNya..
Hamba yang tahu kedudukan dirinya di dunia yang sekadar di pinjamkan oleh Pencipta..
Segala yang kita ada adalah piunjaman..
nak contoh lagi ??
Wang ringgit, rezeki(makanan), kereta, Kenikmatan dunia, kemanisan iman, rumah, pakaian dan barangan kesukaan kita...

Kalau kita sedar, barangan yang kita sayangi akn tetap hilang suatu saatn nanti..
begitulah duniawi yang kita puja puja ni..
Suatu hati nnti ia akan pudar dimamah nafsu dunia..
Tolonglah sedar,,
Saya menyeru kepada kalian semua termasuk diri saya sendiri..=)

Selamat beramal dan berhijrah..

Hadith riwayat Qudsi..Rasulullah pernah bersabda :
'Sekiranya seseorang itu mencintai sesuatu(duniawi) lebih daripada kasihnya kepada aku(Rasulullah) dan Allah maka matanya akn buta, telinganya akan pekak, fikirannya akan tumpul dan hatinya seolah olah akan mati !

=)

No comments:

Post a Comment