Powered By Blogger

Tuesday, March 29, 2011

Tentang Crush Wif Qaseh (Cinta Akhbar)

Hamba menulis blog ini kerana Saujana Qaseh Aqilah. wajahnya ayu. selalu mengenakan celak di bawah matanya. warna matanya seperti warna hazelnut. tertawan benar dengannya. Tiada ku dusta akan perasaan ini. hamba begitu mengharapkanmu Saujana Qaseh Aqilah !

Siapa hamba?
Hamba hanya makhluk Tuhan yang ingin melihat dunia. mengingati tentang dunia tetapi mencari anugerah di syurga. nama hamba?
benar-benar ingin tahu?

serasa malu ingin hamba tuuturkan.
umur hamba 22 tahun.
menuntut di universiti islam antarabangsa.

menulis blog sekadar ingin berkongsi.
mengabadikan nama Qaseh kerana hamba mencintainya..
semuanya kerana Allah.
jihad fii sabilillah..
Allahu Akhbar !

Hamba Mujahid

Assalamualaikum..
Sudah lama hamba tidak mencoret diruangan ini.
Apa khabar kalian semua? Sihat-sihat saja? Saya tiada apa nak diceritakan. Tapi alhamadulillah saya sihat saja. Dengar cerita keputusan spm sudah keluar? Kepada para blogger yang mendapat keputusan cemerlang, sederhana dan biasa bersyukurlah dengan keputusan yang kalian semua dapat.


Hari ini, hamba ingin menyentuh sedikit mengenai hamba mujahid. kuliah usuluddin telah selesai kelmarin. dan ada sedikit wacana yang ustaz hamba telah kongsikan kepada kami para penuntut. malangnya, pada hari terakhir kuliah usuluddin itu, wanita berpurdah suci itu tiada disitu. padahal saya baru tahu namanya Qaseh ! Sama seperti nama blog hamba !


Tamatnya kuliah, maka itu berarti bahawa praktikal akan bermula. hamba dapat di Eropah. Alhamdulillah ! Dapat juga melawat ke satu lagi daerah Islam. Berbalik kepada Qaseh tadi, hamba tidak tahu apa yang terjadi kepadanya. fokus hamba di dalam kelas sedikit berkurang kerana tiada terlihat akan matanya. 


Hamba mujahid ialah kekasih Allah yang mencari syahid. itulah petikan pertama keluar dari mulut ustaz hamba sebelum beliau menceritakan lebih lanjut mengenai Hamba Mujahid. hamba tidak tahu pada mulanya maksud petikan itu. tetapi kemudian ada sesuatu yang menyelami pundak hamba. ya ! Hamba mujahid. manusia yang sentiasa redha dengan segala ketentuan, qadak dan qadar Allah. itu dinamakan mencari syahid. tidak pernah lekang dengan dugaan dan bibirnya tidak opernah lelah mengucap syahadah. dan syahadah itu bukan saja pada nama tetapi pada niat dan perlakuan.


"Fainna maal usri yusra"


Dan tidak kami ciptakan kesusahan ke atas kamu melainkan ada ksenangan di dalamnya. Surah al-Insyirah.


begitulah hamba mujahid. sentiasa redha dengan segala kesusahan yang diciptakan Allah dalam hidupnya. sekalipun tiada pernah merungut. tatkala itu hamba teringatkan Qaseh. dia seperti tiada cela kehadirannya. tetapi mengapa tiada yang mahu berkawan dengannya? orang kata indahnya pada paras bukan rupa. tetapi bukankah rupa dan paras itu sama?


Qaseh sentiasa redha dengan apa yang dia lalui. walaupun orang lain gemar memanggilnya wanita usrah tiada menjadi, dia tetap redha, diam dan tersenyum. itu yang saya lihat dengan mata kasar saya. pada azalinya, tiada apa yang saya tahu tentangnya.


Berbalik kepada hamba mujahid tadi, saya juga ingin menjadi hamba mujahid. tetapi hanya suatu persoalan yang masih terngiang-ngiang di telinga saya. keimanan dan ketaqwaan yang amat kuat menuntut untuk mencari syahid. ustaz banyak kali mengulang pertanyaannya kepada kami :


"Bersediakah kalian untuk mencari syahid kala saat itu tiba"


Dan hamba hanya tersenyum mengucap Insya-Allah ya ustaz !